Wanita dan Bunga (Sempena Pesta Antarabangsa Flora 2014)

Episod ini akan disiarkan pada 14 Jun 2014. Episod “Bunga Dan Wanita” dihoskan oleh dua orang pengacara iaitu Farah Diana dan Nazrah.  Dalam isu kali ini, perbincangan mengenai wanita dan seni / wangi wangian bersama tetamu undangan Puan Haslinda Khalid Timbalan Pengarah Seni Taman Jabatan Landskap & Taman Perbadanan Putrajaya. Serta aktiviti sepanjang Floria Putrajaya 2014 berlangsung. Tetamu seterusnya membincangkan topic mengenai terapi bunga bagaimana sejenis bunga boleh mengubati sesuatu penyakit bersama Puan Rohani pengusaha landskap dan terapi bunga. Dan akhir sekali bagi mengulas keseluruhan topic bunga dan wanita iaitu Pakar Motivasi Rozi membincangkan serta mengulas bagaimana minat seni ini boleh melahirkan lebih ramai lagi wanita boleh berkecimpung didalam seni ini.