Thank You Allah – Penghijrahan Fenomena

Thank You Allah – Penghijrahan Fenomena

Penghijrahan Fenomena telah bersiaran sehingga ke episod ke lima. Thank you Allah, tajuk yang sangat istimewa kali ini kerana membawakan pengacara yang julung kali ke kaca televisyen iaitu Ustaz Zuhdi Mat Piah. Bertempat di Masjid Al-Ridhuan, Hulu Kelang, insan yang terpilih untuk menceritakan perjalanan penghijrahan mereka ialah pengarah filem yang terkenal, Syamsul Yusof dan gengster tersohor Singapura, Abang Long Fadil. Sementara itu, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang juga memeriahkan suasana.

Ustaz Syed Norhisham memulakan pengisian dengan menceritakan kisah Fudhail bin Iyad yang telah kembali kepada Allah sebagai seorang yang warak dan ahli ibadat berbanding sebelumnya adalah seorang penjahat/perompak. Itulah penghijrahan yang telah berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Fenomena penghijrahan bukanlah sesuatu yang pelik kerana Allah SWT akan memberikan hidayahNya kepada hambaNya bila-bila masa. Begitulah juga hingga ke zaman ini.

Kemudian, saudara Syamsul Yusof, pengarah filem yang terkenal dengan filemmnya yang terbaru, Munafiq pula berkongsi pengalamannya sebagai pengarah filem yang sedang berusaha untuk hampir dengan Allah termasuk di dalam pembikinan filem. Beliau mengakui bahawa pada suatu masa dahulu, beliau juga terolong diantara pengarah filem yang memandang agama sebagai salah satu penghalang untuk berkarya. Allah SWT menegur beliau dengan memberikan masalah yang banyak datang sekaligus. Akhirnya, beliau mula mencari Allah SWT dan membuat penghijrahan.