Thank You Allah Bhg.2 – Penghijrahan Fenomena

Thank You Allah Bhg.2 – Penghijrahan Fenomena

Penghijrahan Fenomena episod keenam ini meneruskan topik Thank You Allah di bahagian yang kedua. Kisah penghijrahan yang penuh dengan keinsafan ini diteruskan lagi oleh Abang Long Fadil dan Syamsul Yusof. Sementara itu, panel yang terlibat adalah Ustaz Zuhdi Mat Piah dan Ustaz syed Nor Hisyam tuan Padang Al Idrus.

Pada episod yang lepas, Syamsul Yusof berkongsi kisah bagaimana Allah SWT menyentuh hatinya. Allah SWT memberikan ujian kepada hambaNya kerana itu adalah salah satu cara Allah SWT untuk menegur hamba-hambaNya yang alpa. di episod ini pula, memaparkan Abang Long Fadhil berkongsi pengalamannya sebelum dan selepas berhijrah ke jalan Allah. Beliau adalah bekas seorang gangster, pernah melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah dan tidak pencayakan Allah. Beliau telah bertaubat dan kembali ke jalan Allah dan berhasrat membawa ibunya menunaikan umrah.