Thank You Allah Bhg.3 – Penghijrahan Fenomena

Thank You Allah Bhg.3 – Penghijrahan Fenomena

Penghijrahan Fenomena episod ketujuh ini meneruskan topik Thank You Allah di bahagian yang ketiga dan terakhir. Kisah penghijrahan yang penuh dengan keinsafan ini diteruskan lagi oleh Abang Long Fadil dan Syamsul Yusof. Sementara itu, panel yang terlibat adalah Ustaz Zuhdi Mat Piah dan Ustaz syed Nor Hisyam tuan Padang Al Idrus.

Pada episod yang pertama, Syamsul Yusof berkongsi kisah bagaimana Allah SWT menyentuh hatinya. Allah SWT memberikan ujian kepada hambaNya kerana itu adalah salah satu cara Allah SWT untuk menegur hamba-hambaNya yang alpa. di episod kedua pula, memaparkan penghijrahan gengster terkenal Singapura iaitu Abang Long Fadil. Akhirnya, episod ketiga dan terakhir ini adalah kesimpulan daripada penghijraham kedua-dua ikon belia ini. Sesungguhnya Allah SWT memberikan hidayah kepada hambaNya yang terpilih. Allah SWT juga membuka pintu taubat kepada insan yang ingin berubah.