Terma & Syarat Kuiz Ramadan 2016

CARA-CARA
1 – Dapatkan soalan-soalan kuiz yang disiarkan di http://alhijrahmedia.com/kuiz-ramadan-2016/
2 – LIKE Facebook page Alhijrahmedia
3 – Jawab soalan-soalan kuiz terkumpul beserta slogan dan butiran peribadi anda melalui borang yang
disediakan.
~ Soalan terkumpul akan disiarkan mulai 13 Jun – 1 Julai 2016.
~ Jawapan perlu dihantar mulai 1 – 10 Julai 2016 beserta slogan :
“Saya suka menonton Alhijrahmedia kerana ……
(tidak lebih daripada 15 patah perkataan)”.

TERMA DAN SYARAT
• Peserta hendaklah “LIKE” laman Facebook Alhijrahmedia.
• Peserta dikehendaki menjawab sembilan soalan kuiz terkumpul yang disiarkan mulai 13 Jun – 1 Julai 2016.
• Peserta perlu menghantar jawapan beserta butiran peribadi menggunakan borang yang disediakan mulai 1 – 10 Julai 2016.
• Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
• Soalan adalah berdasarkan kandungan rancangan di dalam Alhijrahmedia.
• Soalan kuiz terkumpul dan borang penyertaan boleh didapati di (http://alhijrahmedia.com/kuiz-ramadan-2016/). Selain itu, peserta juga perlu melengkapkan slogan yang telah ditetapkan.
• Hadiah eksklusif disediakan untuk sepuluh pemenang yang berjaya menjawab dengan tepat beserta slogan yang menarik.
• Para pemenang akan diumumkan pada tarikh *18 JULAI 2016 (*tertakluk kepada perubahan) melalui FB Alhijrahmedia. (https://www.facebook.com/alhijrahmedia)
• Hadiah-hadiah hendaklah dituntut secara sendiri oleh pemenang di alamat:
Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah,
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
• Keputusan penganjur adalah muktamad.