Terima Keredhaan

Disiarkan pada 23 Ogos 2014. Episode ini dijalankan di Perkarangan Tv AlHijrah. Ia membincang dan mengupas tentang kejadian yang menimpa Penerbangan Malaysia MH17 dan MH370 bagaimana keredhaan ini diterima oleh setiap keluarga serta individu yang mengenali mangsa nahas pernerbangan.

Tetamu undangan bagi episode ini adalah Liyana binti Aris, bekas Pramugari Penerbangan Malaysia, yang berkongsi tentang apa yang beliau rasai terhadap nahas yang menimpa pernerbangan Malaysia iaitu membabitkan bekas rakan setugas dengannya namun memberi kekuatan terhadap diri serta keluarga bahawa suami beliau masih lagi menjalankan tugas di awan biru. Selain itu, Ustazah Asni Mansor, Pendakwah mengulas topic perbincangan terima keredhaan dan bagaimana cara untuk mengatasi perasaan dalam menangani insiden yang terjadi.