Halal Haram Di Tempat Kerja – Klinik d’Hijrah

Halal Haram Di Tempat Kerja – Klinik d’Hijrah

Klinik D’Hijrah episod ke 76 ini membawakan tajuk Halal Haram Di Tempat Kerja . Panel jemputan, Dr Izhar Ariff membicarakan tentang perbuatan bertentangan hukum syarak yang perlu dijauhi semasa bekerja. Ini adalah kerana perbuatan ini adalah penyebab yang  akan mempengaruhi keberkatan rezeki yang di perolehi.

Persoalan yang disentuh untuk episod kali ini adalah mengenai penggunaan kemudahan pejabat untuk kepentingan diri. Dr. Izhar menyatakan bahawa kita sebagai pekerja haruslah menjauhi perbuatan yang mendatangkan kepentingan diri kerana ia menunjukkan bahawa kita tidak amanah terhadap syarikat. Perbuatan ini akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Kemudian, Ustaz ada mengulas tentang etika kerja yang betul dan apa tindakan kita sebagai pekerja sekiranya bekerja di tempat yang tidak selari dengan ajaran Islam.