Surat Cinta – 30 Minit Ustaz Don

Surat Cinta – 30 Minit Ustaz Don

30 Minit Ustaz Don di musim ke lima tahun  2016 dan episod 68 membawakan tajuk Surat Cinta. Episod kali ini memaparkan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid menyambungkan perbincangan mengenai Al Quran diturunkan secara berperingkat – peringkat kepada Nabi Muhammad SAW untuk pertunjuk sekelian alam.

Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW semasa baginda berada di Mekah dan di Madinah. Ada juga surah yang diturunkan ketika siang hari sesuai dengan peristiwa pada waktu itu. Oleh itu, tidak hairanlah terdapat istilah ayat Makiyah  dan Madaniah. Ustaz Don menerangkan satu persatu proses penurunan al Quran dan bagaima ia dijilidkan.