Soalan Kubur Bhg.2

Tanda-tanda kiamat – Soalan Kubur Bhg.2

Slot Cinta Ilmu kali ini adalah Akidah & Falsafah bersama dengan Ustaz Badli Shah sebagai penyampai. Beliau akan mengupas kitab Rahsia Kematian Alam Akhirat & Kiamat karangan Imam Abu Abdullah Al Qurtubi. Tajuk yang akan dibincangkan pada episod kali ini adalah sambungan dari episod yang lepas iaitu tentang proses soal jawab di alam kubur yang bakal dilalui oleh setiap insan dan akan dijawab oleh amalan masing-masing.