Senyum Itu Sedekah – Istimewa Ramadan

Senyum Itu Sedekah – Istimewa Ramadan

Cinta Ilmu Istimewa Ramadan bersiaran dengan menjemput Ustaz Syed Norhisham sebagai penceramah utama. Senyum itu sedekah, tajuk yang utama sempena bulan Ramadan yang mulia. Sedekah mempunyai banyak kategori dan senyum adalah salah satu cara untuk bersedekah terutamanya di bulan Ramadan yang hanya datang sekali setahun.

Episod kali ini memaparkan ustaz mengupas dan membincangkan kebaikan dan kelebihan senyum sebagai sedekah. Senyuman bukanlah sesuatu yang senang dilakukan sekiranya seseorang itu tidak mempunyai pemikiran yang positif.

Kemudian, senyuman itu sebagai tanda keimanan, satu ibadah, mengikat kasih sayang, melahirkan ketenangan dan memberi kesan positif. Ustaz telah menjawab soalan penonton berhubung kaitan senyuman dengan ibadah puasa dan sunnah