Seindah Maharku – Telemovie

Seindah Maharku – Telemovie

Cereka “Seindah Maharku ”  ini mengisahkan Dr. Umaira, seorang doktor di sebuah Klinik Desa di perkampungan orang asli,
Pahang. Umaira yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di India, pada mulanya terpaksa akur dengan
keputusan ibu bapanya untuk dinikahkan dengan Fakhrul Razi, anak kawan ibu dan ayahnya yang mahukan
majlis perkahwinan besar-besaran.

Namun kerana pendiriannya yang mahukan perkahwinan sederhana dan bercinta selepas nikah membuatkannya menjauhkan diri dari perancangan orang tuanya. Semasa diperkampungan Orang Asli, hati Umaira telah tertarik dengan Muhammad, seorang pemuda Orang Asli yang baru tiga tahun memeluk Islam. Suatu hari Muhammad telah jatuh semasa membaiki bumbung dan Dr Ummaira telah merawatnya. Muhammad yang mahir dalam bertukang dan melagukan seruling telah terpaut hati pada Umaira namun disimpan kerana kurang keyakinan diri.

Manakala suara Muhammad yang begitu mengasyikan sewaktu melaungkan azan telah menambat hati Umaira. Berkat keikhlasan Muhammad yang dahagakan pengetahuan mengenai Islam, dia akhirnya menjadi pilihan Umaira. Umaira juga telah menolak cinta Fakhrul Razi , pilihan kedua ibu bapanya. Ini adalah kerana cara Radzi tidak dapat diterima oleh Ummaira.  Radzi dengan berat hati melepaskan Ummaira. Umaira menjelaskan pendiriannya kepada ibu bapanya dan akhirnya mereka merestui hubungan Umaira dengan Muhammad dan menikahkan puteri tunggal mereka itu dalam majlis yang cukup sederhana.

Category: Telemovie