Sahabat Ke Syurga – Klinik d’Hijrah

Sahabat Ke Syurga – Klinik d’Hijrah

Klinik D’ Hijrah episod 44 membawakan topik Sahabat Ke Syurga . Episod kali ini memaparkan Ustaz Syed Norhisyam membicarakan tentang memilih sahabat yang boleh memimpin kita ke syurga, berdisiplin serta peribadi yang baik, dan menjauhi kawan yang bersifat bermuka – muka, kawan yang baik akan sentiasa memimpin kita kearah yang baik, berkawan dengan orang yang baik akan mempengaruhi kita membina keperbadian yang mulia. si dalam Islam juga ada menuntut supaya umatnya saling mengasihi .

Kawan dan sahabat adalah cerminan bagi kita. Ustaz ada mngatakan bahawa jikalau kita berkawan dengan tukang besi, baunya akan terpalit sama begitu juga dengan pembuat minyak wangi. Oleh itu, adalah penting kita memilih kawan yang sebetulnya.Kemudian, Ustaz Syed Norhisyam membicarakan tentang bersahabat dengan mereka yang mempunyai peribadi mulia.

Selain daripada itu, kita hendaklah  bersahabat kerana Allah bukan untuk kepentingan peribadi. Sahabat yang dapat memimpin kita kejalan yang baik adalah pilihan utama di dalam memilih sahabat. Beliau menjawab soalan dari media sosial iaitu Facebook dan penonton yang menelefon berkaitan mencari sahabat dan sifat kawan yang baik. Salah satu soalan yang diajukan adalah mngenai sahabat dunia akhirat. Soalan mengenai bagaimana untuk mengetahui sahabat yang sama-sama susah senang juga ada ditanya dan jawapan ustaz sangatlah terperinci dan mudah difahami.