Episod 1 – Penghijrahan Fenomena Safiey IlIias

Episod 1 – Penghijrahan Fenomena Safiey IIlias

Penghijrahan Fenomena Episod satu memaparkan pengakuan dan perkongsian pengalaman Safiuddin Ilias (Safiey Illias) dari dunia mak nyah beberapa tahun setelah kembali ke dunia fitrah sebagai lelaki sejati. Bersama dengan pengacara Shahrul Faizie, Safiey Illias yang sebelum ini dikenali dengan nama Sofea Illias, berkongsi tentang perjalanan hidupnya sebagai seorang mak nyah yang mendapat hidayah dari Allah SWT untuk berubah menjadi lelaki sejati.

Segalanya bermula daripada keresahannya tentang kecelaruan jantina. Allah SWT telah menyentuh hatinya melalui kewajipan utama umat Islam iaitu solat. Bagaimana beliau hendak bersolat sedangkan beliau seorang maknyah. Adakah solat dengan cara lelaki atau cara perempuan? Pelbagai persoalan telah timbul di mindanya sehinggalah beliau berkenalan dengan seorang Sheikh. Konsep mak nyah beriman yang difikirkanya bukanlah sesuatu yang senang tetapi akhirnya dia bertindak untuk kembali ke fitrahnya dan membuang payu dara yang telah diimplan demi kerana Allah SWT. Beliau juga melihat kepada idola di dalam perniagaanya iaitu ahli-ahli perniagaan Islam lain yang berjaya dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Beliau mendapati dunia mak nyah semakin berkembang kerana pengaruh dan penerapan aktivis hak asasi manusia. Walaubagaimanapun, dunia mak nyah membuktikan kecelaruan jantina yang sememangnya menyimpang dari ajaran agama yang suci iaitu Islam. Beliau membuat keputusan untuk memjauhkan dirinya dari sahabatnya yang lain iaitu Mak Nyah yang lain.

Akhirnya, penghijrahannya semula ke dunia lelaki setelah mendapat hidayah Allah yang sebelum ini kosong dan hubungan jauh denganNya. Hasil bimbingan Sheikh, sedikit demi sedikit Safiey telah kembali ke jalan yang betul iaitu mempelajari agama Islam dengan betul. Muhasabah diri, doa keluarga dan keberkatan solat telah mendekatkannya kepada Allah, di samping sokongan kuat keluarga terutama ayahnya.