Remeh Temeh Haiwan – Klinik d’Hijrah

Remeh Temeh Haiwan – Klinik d’Hijrah

Klinik D’Hijrah dengan episod 86 bersiaran dengan membicarakan tajuk remeh temeh haiwan. Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff kali ini  membicarakan tentang  haiwan peliharaan dari aspek status najis, tanggungjawab ketika memelihara serta larangan membunuh dan menyeksa binatang kerana semua bintang tersebut adalah makhluk Allah.

Haiwan-haiwan yang dijadikan oleh Allah SWT sangat unik. Setiap spesies haiwan yang wujud mempunyai fungsi masing-masing daripada yang tidak berbahaya, yang boleh dimakan sehinggalah kepada haiwan yang boleh memakan manusia. Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan makhluk-makhluk ini adalah untuk menyenangkan manusia dan ada juga yang boleh dijadikan peneman contohnya kucing dan binatang-binatang lain yang tidak berbahaya. Selain daripada itu, ada sesetengah haiwan boleh mendatangkan keuntungan dan menjadi sumber rezeki kepada manusia . Hanya terdapat dua binatang sahaja yang Allah SWT ciptakan tetapi haram hukumnya untuk dimakan mahupun disentuh oleh manusia. Haiwan-haiwan tersebut adalah anjing dan khinzir. Walau bagaimanapun, ada sebab tersendiri mengapa Allah SWT mengeluarkan larangan-larangan tersebut..

Sungguhpun begitu, terdapat haiwan-haiwan yang boleh dibunuh atas sebab tertentu seperti haiwan-haiwan yang membahaya dan memudaratkan. Ustaz telah menjawab soalan-soalan berkaitan tannggungjawab ketika memelihara haiwan, memegang atau menyentuh anjing dan khinzir serta dilarang membazir ketika memelihara binatang.