Qisas untuk perempuan

Fiqh Wanita – Qisas untuk perempuan

Slot Cinta Ilmu kali ini adalah Fiqh Wanita bersama dengan Ustazah Isfadiah sebagai penyampai. Beliau akan mengupas pengajaran tafsir ayat-ayat di dalam Al-Quran yang berkenaan wanita. Perbincangan pada episod kali ini adalah daripada surah Al Baqarah ayat 178 iaitu tentang hukuman Qisas yang merupakan hukuman balas kembali perbuatan mencedarakan orang lain kepada pihak yang melakukannya.