Qawaid Fatwa – Usia Menjadi Mufti – Cinta Ilmu Medan Fatwa

Qawaid Fatwa – Usia Menjadi Mufti – Cinta Ilmu Medan Fatwa

Cinta Ilmu 2016 (Medan Fatwa) Episod 5 yang bertajuk “usia menjadi mufti”  memaparkan S.S Datuk Dr. Zulkifli Mohamad  AlBakri membincangkan umur yang sesuai dan layak untuk menjadi mufti. Islam tidak menetapkan umur tertentu ke atas mereka yang layak dilantik sebagai mufti. Bagaimanapun, mereka yang akan dilantik sebagai mufti hendaklah mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang berkaitan.

Ciri-ciri mufti yang juga meliputi sikap iaitu mereka juga haruslah mempunyai sahsiah/perilaku yang baik, telah menunjukkan kematangan dan kefahaman luas mengenai sesuatu isu dan keadaan setempat. Contoh mufti sebelum ini yang berjaya adalah Imam Shafie, Imam An-Nawawi dan Imam Ghazali. Mereka telah memberi pandangan atau fatwa masing-masing ketika mereka masih muda. Mereka ialah contoh mufti yang terbaik di dalam sejarah Islam walaupun usia mereka masih muda pada zaman tersebut.

Kemudian, di dalam segmen Irsyad Fatwa, Dr. telah menjawab beberapa soalan yang dibangkitkan oleh penonton melaui media sosial iaitu Facebook dan sebagainya. Persoalan tersebut diantaranya menyentuh amalan berzikir atau berdoa ketika sujud di dalam bahasa lain selain Bahasa Arab, tempoh haid sebelum mengerjakan ibadat, hukum mewarnakan rambut untuk berwuduk, kedudukan isteri di dalam iddah kematian suami, hukum membaca AlQuran secara bersendirian dari jarak jauh dan mandi bunga untuk mempercepatkan jodoh dan sebagainya.