Qawaid Fatwa – Ucapan Sahabat – Medan Fatwa

Qawaid Fatwa – Ucapan Sahabat – Medan Fatwa

Cinta Ilmu 2015: Medan Fatwa membawakan tajuk  Ucapan Sahabat dan di  episod 41.  Seperti biasa, ia memaparkan SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan membicarakan tentang ucapan para sahabat Rasullullah SAW  samada fatwa atau qias, pengertian sahabat pada pandangan Islam.

Selain daripada itu, episod ini juga menerangkan cara nabi berdakwah dengan penuh hikmah. Nabi Muhammad SAW amat teliti di dalam berdakwah. Baginda tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum. Baginda juga akan menimbangkan pendapat sahabat Baginda samada fatwa atau qias. Manakala, hukum yang diambil kira daripada sahabat Baginda adalah hukum yang sudah dipertimbangkan dan tiada lagi sumber yang lain. Sumber yang lain itu adalah Al Quran, sunnah dan juga ijmak sepakat ulama’ yang berhukum dengannya.

Datuk Mufti juga ada menyuarakan tentang kesedihan beliau di atas insiden pengeboman di Paris, Perancis.  Terdapat pengajaran diatas kejadian yang berlaku. Beliau mahu para penonton mengambil iktibar daripada sifat Rasulullah SAW iaitu kepimpinan baginda di dalam menangani dendam dan perbuatan jahat musuh baginda. Oleh itu, akhlak mulia baginda haruslah diteladani oleh umat Islam. Peradaban Islam amatlah mulia dan tinggi nilainya.

Irsyad Fatwa menjawab beberapa soalan dari penonton. Persoalan penonton yang diambil daripada media sosial iaitu Facebook dan juga soalan penonton distudio juga dijawab oleh Datuk Mufti.