Promo PER SQUARE FOOT Musim 5

PSF – Per Square Foot musim terbaru kembali bersiaran Ahad ini di TVAlhijrah. Menjanjikan pengisian yang lebih padat dan berinformatif. Meneruskan lembaran musim ke 5, memberi panduan dan tips kepada bakal pembeli rumah tentang seni bina, hartanah, pelan ruang dalaman, susun atur pelan lantai serta kaedah tertentu yang perlu diberi perhatian dengan mengambil kira perspektif dan syariat Islam. Turut menampilkan 5 personaliti yang bakal menambah ilmu hartanah dan kewangan Islam setiap minggu, InsyaAllah. Dibawakan secara eksklusif untuk tontonan anda oleh I&P Group Sdn Bhd dan diserikan lagi dengan Maybank Islamic. Temujanji anda Setiap Ahad, Mulai 4 Oktober 2015, jam 8.30 malam.

Category: Iklan, Promo