Pilih Kasih – Klinik D’Hijrah

Pilih Kasih – Klinik D’Hijrah

Klinik D’Hijrah kali ini memaparkan  Datuk Dr Fadzilah Kamsah membicarakan tentang sifat pilih kasih ibu bapa antara anak -anak, ibu bapa harus elakkan dari bersifat sedemikian supaya ianya tidak menjadi tekanan kepada anak bila mereka dewasa kelak. Namun semua ini dapat kita elakkan jika kita berpandukan pada sifat Rasulullah SAW.

Klinik D’ Hijrah: Pilih Kasih Episod 11 ini menjemput  Datuk Dr Fadzilah Kamsah membicarakan tentang cara memberi kasih sayang kepada anak – anak. Ibu bapa mestilah mengelak dari memilih rupa ( anak ) semasa memberi kasih sayang terhadap mereka, ibu bapa harus bersifat adil dalam rumah tangga khususnya terhadap anak. Anak perlu taat dan kasih kepada ibu bapa.

Selain daripada itu, institusi kekeluargaan Islam haruslah kukuh. Sejak dari kecil, ibu bapa haruslah pandai mendidik anak-anak supaya tida perassan dengki ataupun cemburu di antara adik-beradik. Kesemua adik-beradik haruslah mendapat layanan sama rata. Jika anak pertama mendapat sesuatu daripada ibu bapa, anak-anak yang lain juga mestilah mendapat sesuatu yang sama atau setimpal dengannya. Ini adalah untuk tidak menzalimi anak-anak yang lain sekiranya hanya seorang sahaja yang dilayan istimewa.

Beliau juga menjawab beberapa soalan dari penonton berkaitan kasih sayang ibu bapa terhadap anak -anak. Ikuti Klinik D’Hijrah untuk mengetahui apakah soalan yang ditanya oleh penonton!