Persoal Rezeki – Klinik d’Hijrah

Persoal Rezeki – Klinik d’Hijrah

Klinik D’Hijrah dengan episod 32 memaparkan Ustaz Syed Nohisyam Tuan Padang membincangkan topik ” persoal rezeki”. Sesungguhnya  rezeki itu adalah ketentuan Allah dan di dalam pelbagai bentuk bukan sekadar di dalam bentuk wang.

Ustaz Syed Norhisyam juga ada mengatakan setiap orang itu mempunyai rezeki masing-masing dengan syarat mereka berusaha atau berikhtiar mencari rezeki yang halal dan diberkati. Ustaz telah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan penonton diantaranya berkaitan cara mensyukuri rezeki  Allah, maksud rezeki yang berkat dan cara menguruskan kewangan yang betul.

Rezeki terbahagi kepada dua iaitu kesihatan dan kelapangan masa. Bagaimana kita dapat mengenalpasti bahawa rezeki kita berkat? Ia hanya dapat dilihat di dalam sudut ” ziyadatul khair” iaitu bertambah kebaikan. Keberkatan rezeki adalah suatu keutamaan dalam hidup seorang muslimin. Kerja yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan rezeki. Jikalau dirasakan rezeki yang kita dapat itu senang habis, ia menandakan bahawa rezeki kita tidak berkat. Walaubagaimanapun, apabila kebaikan makin bertambah di dalam hidup kita, itu menunjukkan bahawa rezeki tersebut berkat. Oleh itu, kita hendaklah mencari rezeki dengan cara yang halal supaya mendapat keberkatan yang dicari.

Ustaz juga memberi peluang kepada penonton bertanyakan soalan melalui telefon dan juga media sosial. Persoalan yang ditanya adalah mengenai rezeki dan cara menambahkan rezeki dan juga keberkatan.