Perasan Cantik – Klinik d’Hijrah

Perasan Cantik – Klinik d’Hijrah

Klinik D’Hijrah dengan episod 45 memaparkan Ustaz Asyraf mengupas maksud perasan cantik iaitu timbulnya ujub atau merasai diri cantik dan hebat yang akhirnya menyebabkan riak dan sombong. Islam tidak melarang seseorang itu kelihatan cantik dengan syarat tidak melampai batasan dan berniat yang bertentangan dengan syariat. Episod ini mengupas konsep kecantikan mengikut Islam dan sikap perasan cantik yang ditegah oleh Islam.

Seseorang itu dilahirkan dengan mempunyai kelebihan dan kekurangan. Namun, apa yang lebih diutamakan ialah akhlak yang cantik. Akhlak yang cantik adalah lebih penting daripada wajah yang cantik. Allah SWT telah menciptakan manusia dengan pelbagai rupa tetapi yang menjadi pilihan utama di akhirat kelak adalah yang berakhlak cantik. Wajah yang cantik bukanlah tiket utama seseorang itu untuk ke syurga.

Selain daripada itu, Ustaz telah menjawab soalan-soalan dari media sosial iaitu Facebook. Soalan-soalan yang dikemukakan diantaranya menyentuh isu lelaki memakai wang-wangian dan lelaki diharuskan berwangian terutamanya ketika hendak ke tempat awam, doa ketika mengadap cermin, hukum pemakaian contact lens, adab berpakaian bagi wanita seperti memakai niqab, hukum “selfie” beserta sebabnya , memakai inai yang boleh ditanggalkan terutamanya kepada lelaki tetapi tiada larangan untuk wanita memakai inai.

Kesimpulannya, cantik adalah bergantung kepada individu tetapi akhlak yang cantik adalah tuntutan utama di dalam Islam.