Pengertian Ramadan Bhg.1 – Syamsul Debat

Pengertian Ramadan Bhg.1 – Syamsul Debat

Syamsul Debat episod lima kali ini membawakan topik Pengertian Ramadan. Pendekatan bersahaja dan menggunakan loghat daerah berjaya mencuit hati para penonton. Bersiaran di surau Muhajirin, kakitangan TV AlHijrah dihidangkan ceramah yang mampu menceriakan suasana disamping berkongsi ilmu pengetahuan.

Pengisian kali ini memaparkan Syamsul Amri Ismail atau dikenali sebagai Syamsul Debat membicarakan mengenai maksud Ramadan. Bulan Ramadan datang hanya sekali setahun. Bulan yang penuh dengan barakah ini adalah peluang yang diberikan kepada umat Islam untuk memperbaiki amalan dan memperbanyakkan ibadah. Ada disebutkan juga budaya masyarakat kita di dalam menyambut Ramadan dan menjalani ibadah puasa.

Selain daripada itu, beliau ada menyatakan tentang kebaikan melakukan ibadat seperti menmpelajari dan membaca Al-Quran, berpuasa dan berzikir. Ketiga-tiga amal ibadat ini adalah pendinding utama yang akan menolong kita semasa berada di alam barzakh nanti. Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir umat islam yang tidak menjalani ibadah puasa terutamanya di bulan yang intimewa ini. Mungkin mereka tidak tahu ataupun tidak mahu mengambil tahu akan kewajipan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan.

Oleh itu, beliau mengatakan yang kefahaman tentang ibadah puasa perlu diperhalusi dan difahami agar umat Islam mempunyai niat yang betul semasa melaksanakan ibadah puasa. Beliau juga menerangkan pengertian puasa umum, khusus dan khususul khusus.