Pasport Duniawi – Telemovie

Pasport Duniawi – Telemovie

Pasport Duniawi adalah sebuah filem telemovie yang memaparkan kisah keluarga Amran dan Farid yang tinggal berjiran
di sebuah taman perumahan moden.

Amran dan Farid tidak mengambil tahu hal masyarakat setempat malahan tidak mengambil tahu tentang jiran sebelah. Mereka juga tidak pergi ke surau.

En Amran seorang Pengurus Kanan yang agak senang, tetapi sengaja hidup dalam keadaan susah, terlalu berjimat dan tidak suka membazir untuk menunjukkan kezuhudan. Amran lebih sanggup membaiki sendiri semua peralatan yang rosak daripada memanggil tukang. Tugas hariannya apabila pulang dari kerja hanyalah sibuk mengira duit walaupun telah dibebel berkali-kali oleh isterinya. Amran mempunyai tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan. Amran tidak suka ambil tahu hal jiran sebelah walaupun ketika rumah tersebut dipecah masuk pencuri.

Sementara itu, En. Farid dan isterinya Sofia pula suka menunjuk kaya dan senang kerana mengamalkan imej 3K iaitu kekayaan, kejayaan dan kebahagiaan. Selepas berlakunya pecah rumah rumah, kehilangan barangan kemas dan wang tunai serta beberapa masalah perniagaan, kedua-dua keluarga telah tersedar, mengaku kesilapan masing-masing dan memohon maaf di antara mereka. Kereta BMW En. Farid telah ditarik oleh bank kerana tidak membayar ansuran pinjaman. Kereta Amran pula telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Akhirnya, mereka menumpang kereta AJK surau yang kecil untuk ke pejabat.

Category: Telemovie