Oh Menantuku – Klinik D’Hijrah

Oh Menantuku – Klinik D’Hijrah

Klinik D’Hijrah Episod 7 membawa tajuk “oh menantuku” memaparkan Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang membincangkan isu hubungan menantu dengan mertua. Menantu dan mertua perlu menjaga akhlak masing-masing dan saling hormat menghormati sepertimana hubungan Nabi SAW dengan Saidina Abu Bakar dan Umar Ibnul Khattab.

Ustaz telah menjawab beberapa soalan yang dibangkitkan oleh penonton diantaranya menyentuh isu hubungan mertua dengan manantu, mertua membezakan layanan di antara menantu, cara mertua menegur menantu, salah faham mertua dengan menantu, hubungan menantu dengan ipar duai dan amalan berbincang diantara mertua dengan menantu bagi mencari punca dan menyelesaikan masalah.

Soalan pertama daripada penonton adalah tentang menantu yang lebihkan mertua kerana status. Soalan yang kedua pula adalah mengenai anak perempuan yang tidak hormatkan suaminya. Mertua tidak digalakkan masuk campur di dalam permasalahan rumahtangga anak mereka. Doa dari emak dan ayah mungkin dapat menolong dan juga berterus-terang dengan menantu dan anak. Isu yang dikupas juga menyentuh tentang menantu bergaduh dengan menantu sehingga bersengketa seluruh keluarga. Sikap hasad dengki sesama menantu akan memakan diri. Fitnah juga adalah penyakit syaitan yang boleh memusnahkan perhubungan keluarga.

Kemudian, persoalan hukum menderhaka kepada mertua juga dipersoalkan di dalam siri ini. Menderhaka kepada ibu dan bapa mertua juga dikira berdosa. Ia juga dikira berbuat tidak baik kepada orang tua.