Nafkah Dan Hak Wanita – Klinik D’Hijrah

Nafkah Dan Hak Wanita – Klinik D’Hijrah

Klinik D’ Hijrah Nafkah & Hak Wanita Episod  12 memaparkan Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang membicarakan tentang nafkah dan hak wanita.

Episod kali ini mengupas tentang tanggungjawab suami kepada isteri, sebagaimana yang dinukilkan oleh Allah SWT di dalam surah ‘ An Nisa ‘ ayat 34. iaitu tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan oleh suami terhadap isterinya. Tanggungjawab ini juga termasuklah selepas bercerai iaitu dengan anak-anak. Anak-anak berhak mendapat nafkah daripada ayah mereka sehingga mereka boleh berdikari.

Selain daripada itu,  Ustaz Syed Norhisham membicarakan tentang hak dan nafkah yang sepatut isteri dapat sama ada dari sudut kewangan, pakaian atau makanan dan perkara – perkara berkaitan. Manakala kaedah pemberian nafkah berdasarkan kadar kemampuan si suami berdasarkan, surah ‘ At Talaq ‘ ayat 7.

Beliau juga menjawab beberapa soalan dari penonton berkaitan nafkah oleh suami kepada isteri dan sebagainya. Contoh-contoh soalan adalah mengenai bagaimana hak nafkah seorang isteri boleh tergugur dan juga apakah yang boleh dimaksudkan dengan nafkah tertunggak. Selain daripada itu, persoalan tentang suami ynag menggunakan duit isteri seratus persen sedangkan isteri yang bekerja dan menanggung keluarga. Sebarang pengajaran hendaklah disampaikan di dalam khutbah Jumaat kerana pada masa itulah kaum muslimin berkumpul.

Saksikan episod ini untuk mengetahui isi pembelajaran seterusnya.