Nabi Muhammad – Perutusan Nabi Akhir Zaman Ke Arah Pembinaan Masyarakat Madani

Nabi Muhammad – perutusan nabi akhir zaman ke arah pembinaan masyarakat madani

Episod Al-Haramain kali ini membawa penonton mengenali keperibadian Nabi Muhammad – perutusan nabi akhir zaman ke arah pembinaan masyarakat madani.

Nabi Muhammad SAW adalah nabi terakhir yang diutuskan Allah untuk membina masyarakat madani (maju dan bertamadun). Baginda dilahirkan pada hari Isnin,  12 Rabiul Awal Tahun Gajah di rumah bapa saudara beliau bernama Abu Talib. Ketika berusia 2 hingga 4 tahun, dada Nabi Muhammad SAW pernah dibelah oleh malaikat Jibrail dan dibasuh dengan air zam-zam.  Seawal usia 12 tahun, baginda telah dibawa oleh bapa saudaranya ke Syam untuk berniaga. Ketika singgah di Busra, baginda bertemu dengan seorang rahib nasrani yang telah mengenal pasti tanda-tanda kenabian baginda. Ketika usia baginda 35 tahun, Nabi Muhammad SAW telah berjaya menyelesaikan konflik pertelingkahan di antara kaum Quraisy dalam meletakkan semula Hajarul Aswad ke atas Kaabah yang telah dibina semula setelah runtuh . Ketika berusia 40 tahun, Rasulullah SAW telah menerima wahyu pertamanya menerusi ayat 1-5, Surah Al-Alaq di Gua Hira’, yang terletak di atas  Jabal Nur.
Sebelum Rasulullah SAW menerima wahyu Allah, Kaabah merupakan pusat keagamaan bagi bangsa Arab. Kaabah pernah dikelilingi hampir 360 berhala. Usaha mengembangkan Islam di Kota Mekah adalah sukar. Oleh itu, Rasullullah SAW telah berdakwah secara rahsia selama 3 tahun di Darul Arqam, di kaki Bukit Safa. Setelah menerima wahyu Allah, Rasullullah SAW telah  diperintahkan Allah untuk berdakwah kepada kaum Quraisy secara terang-terangan.
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada fasa akhir dakwah Rasullullah SAW di Mekah. Israk berlaku di antara Masjidil Haram hingga ke  Baitul Maqdis . Manakala Mikraj berlaku di antara Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha. Dalam peristiwa ini, Rasullah SAW telah menerima kefardhuan solat sebanyak 5 kali sehari.
Setelah hampir 21 tahun berdakwah,  keutuhan benteng musyrik dan jahiliyah di Mekah telah berjaya diruntuhkan. Pada bulan  Ramadhan tahun ke-8 Hijrah akhirnya Rasulullah SAW telah membuka semula Kota Mekah dan membersihkannya daripada perkara-perkara syirik.
Setelah 13 tahun berdakwah di Mekah, Rasulullah berhijrah ke Madinah (Yathrib). Islam berkembang luas ke seluruh dunia dari Madinah. Masjid Quba’ menjadi masjid pertama yang didirikan Rasulullah SAW di Madinah. Masjid Nabawi pula telah dibina oleh Rasulullah dengan struktur asal seluas 35 x 30 meter dan tinggi 2.5 meter. Pada tahun ke-7 Hijrah, Masjid Nabawi telah dibesarkan oleh Rasullullah SAW kepada 50 x 50 meter.Manakala  bumbung ditinggikan kepada 3.5 meter disebabkan pertambahan jemaah Islam. Saidina Uthman bin Affan telah membiayai pembesaran Masjid Nabawi. Pada masa kini, Masjid Nabawi masih giat diperbesarkan bagi menampung lebih 1 juta jemaah.
Rasulullah SAW sangat menitik beratkan penjagaan dan kebersihan Kaabah. Siapakah yang bertanggungjawab meneruskan penjagaan Kaabah pada masa kini? Apakah keistimewaan kubah hijau yang terdapat di Masjid Nabawi? Perolehi jawapnnya dari episod Al-Haramain ini.

Category: AlHaramain, Majalah