Minat Menguntungkan

Soal Wanita kali ini, membincangkan mengenai minat menguntungkan iaitu kisah inspirasi anak muda diawal usia,  Shazwan Zulkifli dan Amir Sharin yang berkecimpung didalam bidang penganjuran acara yang mendatangkan hasil yang lumayan. Bermula dengan minat kecil-kecilan kini, kedua anak muda ini telah mencipta nama dan mendapat perhatian ramai dengan perkhidmatan Acara Karnival yang mereka tawarkan. Dengan tajuk yang sama, Shamsul Azhar Bin Amir Hamzah selaku penganjur acara Jom Kahwin juga dijemput bagi berkongsi cerita serta pengalaman selama beliau melibatkan diri dalam bidang penganjur acara ini. Selain itu juga, Ketua Pegawai Eksekutif SACC, Puan Shuhainie Shamsudin dijemput untuk berkongsi cerita mengenai minat menguntungkan kerana SACC adalah salah satu penganjur acara yang besar serta berkongsi cerita bagaimana beliau bergiat aktif dalam kerja kerja acara majlis serta bagaimana bentuk acara yang sering dibuat di SACC. Dan diakhir temubual pada episod ini kami menjemput panel iaitu Ustaz Muhammmad Hafiz Bin Ahmad Tajuddin al-Fandani Pengasas / pengarah Khazanah Fandaniyah untuk beliau memberi pandangan dan kupasan mengenai topic ini.