Merancang Kehamilan – Klinik d’Hijrah

Merancang Kehamilan – Klinik d’Hijrah

Klinik D’Hijrah episod ke 105 membawakan topik  merancang kehamilan.  Dr Mohd Izhar Ariff membicarakan tentang proses ini dan syaratnya, juga menerangkan mengenai hukum merancang kehamilan. Beliau juga menjawab beberapa soalan dari penonton dan facebook berkaitan perancangan untuk mendapatkan anak dan hukumnya. Islam melarang merancang keluarga jika takut tidak mampu dari segi kewangan kerana rezeki itu adalah dari Allah SWT, namun Islam juga membenarkan proses ini atas sebab – sebab tertentu, antaranya adalah kerana kesihatan yang boleh memudaratkan.

Soalan yang pertama adalah mengenai pasangan suami isteri yang mempunyai ramai anak. Merancang anak kenalah bergantung kepada niat pasangan tersebut. Selain daripada itu, merancang keluarga adalah harus dan amatlah digalakkan di dalam Islam. Menjarakkan anak adalah amat penting untuk kesihatan tetapi hukumnya menjadi makruh.