Hadis 28 – Mengikuti Sunnah Dan Menjauhi Bidaah – Cinta Ilmu Celik Hadis

Hadis 28 – Mengikuti Sunnah Dan Menjauhi Bidaah – Cinta Ilmu Celik Hadis

Cinta Ilmu 2016 di bawah Celik Hadith episod empat  membawakan topik  Mengikut Sunnah Menjauhi Bidaah. Episod ini,  Ustaz Syed Norhisyam mengupas Hadith 28 dari Hadith 40.

Mencari ilmu bukanlah sesuatu yang senang. Sesungguhnya di dalam proses mencari ilmu, perselisihan pendapat mungkin akan terjadi kerana manusia mempunyai pemikiran dan perspektif yang berbeza. Melahirkan perselisihan pendapat untuk mencari kebenaran (kebaikan) digalakkan dalam Islam, tetapi bergaduh dan bermusuhan merupakan bidaah mungkar yang dilarang agama. Kesannya menyebabkan umat Islam menjadi lemah. lantaran itu berpeganglah dengan sunnah dan menjauhi bidaah.

Selain daripada itu, berselisihan pendapat serta bermusuhan sesama kita mengenai perkara bidaah yang tidak berkesudahan, ianya tidak memberi apa – apa kebaikan, kesannya menyebabkan umat Islam menjadi lemah serta merugikan. Oleh itu masyarakat Islam harus bijak membezakan khilafiah dan bidaah. Jauhi dari perkara khilafiah serta bidaah dan berpegang teguhlah dengan sunnah.