Mengenali Musuh – U-Turn

Mengenali Musuh – U-Turn

UTurn , mahalnya sebuah kesempatan, Episod 8 membawakan ceramah Ustaz Abdullah Bukhari di penjara Sungai Udang, Melaka.  Ustaz Abdullah Bukhari membicarakan tentang kepentingan seseorang itu mengenali musuh kerana apabila telah mengenali musuh, kita akan membenci mereka.

Musuh utama manusia ialah syaitan termasuk syaitan di kalangan manusia. Syaitan dikalangan manusia adalah manusia yang suka mempengaruhi orang lain untuk membuat kejahatan. Peranan syaitan adalah untuk menyesatkan manusia dari zaman Nabi Adam lagi. Syaitan akan menggunakan talbis (belitan syaitan) dengan cara menghasut dan menggoda manusia supaya melakukan dosa, maksiat dan sebagainya. Manusia perlu menangkis godaan dan serangan syaitan melalui ketaqwaan iaitu berilmu dan beramal dengannya.

Di dalam program ini, juga diselang-selikan temuramah dengan penghuni penjara menceritakan pengalaman mereka dan juga keinsafan. Sepanjang mereka berada di dalam penjara, mereka telah banyak mempelajari ilmu agama. Oleh itu, pengisian rohani di dalam penjara juga sedikit-sebanyak akan membantu penghuni penjara untuk berubah dan insaf selepas mereka keluar dari penjara nanti.

Ustaz Abdullah Bukhari juga telah memberi peluang kepada penghuni penjara untuk bertanyakan soalan. Setiap soalan dijawab dengan terang dan teliti. Ini adalah kerana para pendengar adalah penguhuni penjara yang ingin memahami dengan sebenar tentang agama. Serangan syaitan yang paling digeruni adalah serangan mental.