Mencari Barakah Ramadan

Soal Wanita dibumi Cik Siti Wan Kembang mencari Barakah Ramadan memaparkan tentang bagaimana masyarakat pantai Timur meraikan Ramadan dan mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti menarik.  Bulan ini ramai yang mengambil kesempatan memahami dan khatam Al-Quran beramai-ramai.

Bagi mengupas topic ini, Ustaz Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman dijemput sebagai panel. Beliau mengupas dan menerangkan tentang kelebihan, kebaikan didalam bulan ramadan itu sendiri. Selain itu, dalam episode ini juga menampilkan tetamu undangan khas Pengurus besar hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan bagi menceritakan tentang suasana dan penglibatan pihak Hotel dalam menyambut bulan yang mulia ini.