Fattabiouni – Membaca Al-Quran

Fattabiouni – Membaca Al-Quran

Episod ini membincangkan tentang kepentingan membaca Al-Quran dan bagaimana adab yang ditunjukkan Nabi Muhammad S.A.W ketika membaca Al-Quran.

Fattabiouni adalah perkataan di dalam Bahasa Arab yang bermaksud “Ikutilah Daku”. Rancangan tazkirah pendek dalam Bahasa Arab yang disampaikan oleh al-Shaikh Mohammed Bin Abdul Rahman Al-Saggaf  ini diterjemahkan ke Bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman penonton. Kandungan tazkirah ini menjurus kepada sunnah Nabi Muhammad SAW dalam segala aspek kehidupan yang patut kita contohi. Tazkirah yang mudah, ringkas dan menarik ini memberi banyak informasi untuk diamalkan oleh setiap insan.

Al Qur’an sebagai dasar hukum yang pertama tidak di sangsikan lagi oleh umat islam bahwa al qur’an adalah sumber yang asasi bagi syariat islam. Dari al qur’an inilah dasar-dasar hukum islam beserta cabang-cabangnya digali.Apabila membaca Al-Quran, kita hendaklah membaca dengan penuh tertib dan menghayati isi kandungannya. Ummu Salamah R.A menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW membaca Al-Quran dengan perlahan, sebutan huruf yang jelas tajwid yang betul dan penuh tertib. Baginda juga sering membaca Al-Quran ketika bermusafir.

Bagi adab-adab ketika membaca Al-Quran, sebaik-baiknya hendaklah dibaca di dalam keadaaan suci, mengadap kiblat, bersugi, memakai pakaian yang bersih, membaca di tempat yang bersih, membaca dengan khusyuk, berfikir serta mengambil iktibar daripada kandungan Al-Quran tersebut.

Baginda juga akan menetapkan bilangan ayat tertentu untuk dibaca setiap hari dan khatam Al-Quran setiap tiga hari. Oleh itu, jadikanlah amalan membaca Al-Quran ini sebati dengan diri kita kerana Al-Quran adalah cahaya yang dapat membimbing manusia ke syurga.