Masjid Nadi Ummah – Klinik d’Hijrah

Masjid Nadi Ummah – Klinik d’Hijrah

Klinik D’ Hijrah episod 34 membawakan topik Masjid nadi Ummah  memaparkan Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang
membincangkan mengenai peranan masjid kepada masyarakat.

Topik ini mengupas  cara Nabi Muhammad SAW memakmurkan masjid dan peranan AJK masjid kepada masyarakat. Beliau menyarankan ibu bapa menjadikan budaya membawa anak – anak ke masjid agar dapat membentuk peribadi yang baik. Fungsi masjid yang bagus antaranya melaksanakan aktiviti dakwah dalam konteks menyatukan ummah. Aktiviti dakwah yang bagus dijalankan di dalam masjid adalah adalah seperti kuliah-kuliah dan juga usrah. Selain daripada itu, AJK masjid hendaklah aktif melakukan aktiviti untuk menggalakkan masyarakat ke masjid contohnya gotong-royong dan juga mendekati masyarakat

Walaubagaimanapun adab ketika berada di dalam masjid juga harus diutamakan. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil, mereka hendaklah mengawal anak-anak mereka supaya tidak mengganggu jemaah lain untuk melakukan ibadah. Begitu juga dengan jemaah yang membawa telefon bimbit. Telefon bimbit haruslah diletakkan didalam keadaan senyap keran bunyi telefon bimbit akang mengganggu jemaah lain beribadat.

Beliau juga menjawab soalan dari penonton berkaitan aktiviti masyarakat yang boleh dijalankan di masjid. Aktiviti yang boleh mendatangkan pergaduhan tidak boleh dilaksanakan di dalam masjid. Begitu juga berjual beli di dalam masjid sehingga membutakan keadaan masjid huru-hara. Oleh itu, AJK masjid hendaklah peka terhadap keadaan ini.