Majlis Kahwin – Klinik D’Hijrah

Majlis Kahwin – Klinik D’Hijrah

Klinik D’Hijrah Episod enam memaparkan Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang membincangkan isu majlis kahwin mengikut perspektif Islam.

Majlis kahwin adalah hari yang wajar disambut dengan kegembiraan dan bertujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah. Majlis tersebut hendaklah tidak membazir dan menunjuk- nunjuk. Ia juga bertujuan untuk memberi tahu masyarakat  tentang hubungan pasangan tersebut di samping memberi makan/bersedekah kepada tetamu yang hadir dan mengeratkan hubungan silaturrahim.

Ustaz telah menjawab beberapa soalan yang dibangkitkan oleh penonton diantaranya menyentuh isu pihak keluarga perempuan menaja majlis, majlis persandingan, adat merisik dan bertunanag, hukum pengantin perempuan memakai inai, majlis
mengikut adat/budaya asing dan pemilihan tarikh kahwin.

Persoalan yang menarik adalah tentang majlis perkahwinan di perkarangan masjid. Persoalannya, bolehkah jemputan yang datang ke majlis tersebut tidak menutup aurat. Seharusnya, pihak penganjur hendaklah meletakkan pakaian tema di dalam kad kahwin yang diberikan contohnya menutup aurat. Kemudian, tentang pengantin perempuan yang uzur. Hukum perkahwinan mengatakan bahawa pengantin perempuan tidak wajib berada di tempat akad kerana perkahwinan tetap sah walaupun pengantin perempuan tersebut tiada disitu. Jadi, pengantin perempuan yang uzur tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid.

Selain daripada itu, masakini masyarakat lebih suka mengutamakan hiburan semasa majlis perkahwinan. Lagu-lagu yang tidak menepati syarak akan dipasang untuk memeriahkan majlis dan ini tidak baik untuk keberkatan majlis.