Mahkota Wanita – Cinta Ilmu Fiqh Wanita

Mahkota Wanita – Cinta Ilmu Fiqh Wanita

Cinta Ilmu 2016 (Fiqh Wanita) Episod 6 memaparkan Ustazah Isfadiah membincangkan tajuk mahkota wanita berdasarkan buku Fatwa Kontemporari, tulisan Prof. Dr. Yusof AlQaradawi.

Di antara isu yag dibincangkan ialah mengenai pergaulan diantara ibu tiri yang masih muda dengan anak tiri dan batas aurat diantara mereka. Ini adalah kupasan mengenai pergaulan di dalam rumah sendiri. Aurat ibu tiri yang masih muda dengan anak tiri adalah sama dengan anak kandungnya kecuali jika boleh menimbulkan fitnah. Tetapi berdua-duaan boleh mendatangkan fitnah adalah dikira haram. Begitu juga dengan ipar duai sekiranya menimbulkan fitnah juga dikira haram.

Ibu tiri juga perlu berhati-hati ketika bersama dengan ipar duai. Ustazah juga membincangkan batasan wanita di dalam berpakaian ialah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, pakaian itu tidak jarang dan ketat sehingga menampakkan susuk tubuh dan tidak memakai pakaian yang khusus untuk lelaki. Ada perkara yang halal dan haram. Ada perkara yang menjadi syubhah. Perkara yang samarlah amat menyedihkan iaitu perkara yang sudah nyata haram dan sepatutnya semua umat Islam wajib tahu.

Ustazah turut menjawab soalan berkaitan isu aurat wanita tua atau warga emas serta kenyataan hati belum terbuka untuk menutup aurat. Seorang wanita muslimah wajib berasa malu dan menjaga auratnya.