Ku Pinjam Cahayamu – Telemovie

Ku Pinjam Cahayamu – Telemovie

Cereka “Ku Pinjam Cahayamu”  ini mengisahkan tiga orang pemuda, Afiq, Fikri dan Anas cuba menjejaki guru mereka, Cikgu Borhan
atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Bob yang telah lama terpisah sejak mereka memasuki alam
pekerjaan.

Cikgu Bob merupakan seorang guru yang sangat berjasa terhadap kejayaan yang mereka kecapi kini malah beliau sanggup berbuat apa sahaja demi masa depan anak-anak muridnya. Afiq, Fikri dan Anas merupakan pelajar tingkatan lima yang bermasalah, seringkali ponteng sekolah dan tidak menyiapkan kerja sekolah.

Afiq seringkali dipukul oleh bapanya, Anas pula tidak mendapat kasih sayang ibu bapa, manakala Fikri pula tinggal dengan nenek yang miskin lagi daif. Setelah menyedari pelbagai masalah yang dihadapi oleh ketiga-tiga anak muridnya itu, Cikgu Bob bertekad untuk membantu mereka. Pelbagai pengalaman perit yang dilalui oleh Cikgu Bob taktala beliau bertekad untuk mengubah anak-anak muridnya menjadi manusia yang berguna. Cikgu Bob tetap tabah dan tidak berputus asa untuk menolong anak-anak muridnya.

Cikgu Bob menerapkan nilai-nilai Islam di dalam ajarannya kepada ketiga-tiga anak muridnya. Usaha Cikgu Bob tidak sia-sia apabila Afiq, Fikri dan Anas mendapat 9A dalam peperiksaan SPM dan seterusnya berjaya melangkah kaki ke Menara Gading. Hasilnya, Afiq berjaya menjadi peguam, Fikri menjadi doktor dan Anas pula menjadi seorang arkitek. Kini mereka bertiga pula tampil membantu Cikgu Bob yang hidup sebatang kara dan menjadi penghuni rumah kebajikan.

Category: Telemovie