Komunikasi Mengguris Hati – Klinik d’Hijrah

Komunikasi Mengguris Hati – Klinik d’Hijrah

Klinik D’ Hijrah episod ke 37 ini membawakan tajuk “Komunikasi Mengguris Hati”. Ia  memaparkan Ustaz Ahmad Husni membincangkan mengenai komunikasi mengguris hati dan komunikasi yang digariskan oleh Islam.

Ustaz Ahmad Husni juga mengupas maksud di sebalik Surah ‘ Al Hujrat ‘. Surah ini menyentuh tentang adab komunikasi yang sebetulnya di dalam Islam. Selain daripada itu, perbincangan juga adalah mengenai  cara untuk mengelakkan komunikasi yang mengguris perasaan dari pelbagai situasi  dari ia berlaku, kerana interaksi yang mengguriskan hati ia boleh memecah belahkan masyarakat serta ditegah oleh Islam. Begitu juga dengan komunikasi di dalam media sosial. Ustaz juga ada menceritakan tentang kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang suka bergurau dan bagaimana baginda menegur sahabat Baginda.

Islam menganjurkan kita berkomunikasi sesama manusia dengan baik. Kita diwajibkan untuk menggguna pakai kata – kata yang baik semasa berkomunikasi serta beradab dalam berkomunikasi. Oleh itu, memetik ayat di dalam  Surah ‘ Al Hujrat ‘ ayat 11, sebagai garis panduan dalam berkomunikasi dengan baik. Beliau juga menjawab soalan dari penonton & facebook berkaitan interaksi , mengumpat dan bergurau mengguris hati. Batas-batas gurauan juga terletak sejauh mana perhubungan di antara individu. Ada sesetengah individu tidak dapat menerima gurauan dan ada sesetengah boleh.