Kisah Benar Mengenai Sunnah

Fattabiouni – Kisah Benar Mengenai Sunnah

Episod ini membincangkan tentang kisah benar mengenai sunnah iaitu keberkatan yang diperolehi apabila mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Fattabiouni adalah perkataan di dalam Bahasa Arab yang bermaksud “Ikutilah Daku”. Rancangan tazkirah pendek dalam Bahasa Arab yang disampaikan oleh al-Shaikh Mohammed Bin Abdul Rahman Al-Saggaf ini diterjemahkan ke Bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman penonton. Kandungan tazkirah ini menjurus kepada sunnah Nabi Muhammad SAW dalam segala aspek kehidupan yang patut kita contohi. Tazkirah yang mudah, ringkas dan menarik ini memberi banyak informasi untuk diamalkan oleh setiap insan.

al-Shaikh Mohammed telah berkongsi dengan penonton keberkatan mengamalkan sunnah melalui pengalaman peribadi, ahli keluarga dan kenalan beliau. Apabila mengamalkan sunnah memberi salam sebelum masuk ke rumah, hubungan di dalam kekeluargaan ahli rumah bertambah erat dan bahagia kerana syaitan tidak dapat masuk ke rumah

Selain daripada itu, ada juga individu yang bangkit daripada kegagalan di dalam pekerjaan. Individu tersebut telah mengamalkan sunnah dan adab tertentu sehingga menjadi usahawan yang berjaya. Seorang pemuda juga telah menceritakan kepada al-Shaikh Mohammed sendiri bagaimana tidurnya lebih nyenyak dan kesihatannya semakin baik setelan mengamalkan cara berwuduk mengikut sunnah Rasulullah SAW secara konsisten.

Amali adalah cara terbaik untuk belajar. Oleh itu, sunnah mudah sebati dalam jiwa manusia jika diamalkan ketika usia kanak-kanak. Apabila sunnah Rasulullah SAW menjadi amalan harian , impak keberkatan sunnah dapat dirasai apabila dalam kehidupan kita.