Kerna Duit – Klinik d’Hijrah

Kerna Duit – Klinik d’Hijrah

Klinik D’ Hijrah  episod 57 ini membawakan topik Kerna duit. Penceramah yang mengupas isu ini adalah  Dr Mohd Sukki Othman. Berdasarkan topik ini, perbincangan berkisar mengenai kerana duit yang boleh membawa kita ke syurga dan kerana duit juga boleh membawa kita ke neraka.

Islam menganjurkan umatnya mencari kesenangan hidup, Namun cara menguruskan kesenangan itu perlu waspada dan menjauhi dari sumber yang haram. Dan membelanjakan duit dijalan yang diredhai Allah SWT. Dr Mohd Sukki juga membicarakan tentang duit yang menjadi idaman setiap orang dan fitrah manusia berkehendakkan duit. Islam menganjurkan umatnya berusaha untuk mendapatkan kesenangan dan menjauhi dari menjadi hamba kepadanya. Oleh itu kita seharusnya berbelanja wang kejalan yang diredhai dan diberkati Allah SWT.

Beliau juga memjawab soalan dari penonton dan media sosial iaitu facebook mengenai cara mendapat dan membelanja duit serta hukum hutang belajar & berkahwin. Persoalan yang diajukan oleh pemanggil adalah mengenai pinjaman pendidikan dan keberkatan pembelajaran tersebut mengikut cara pembayarannya. Ada juga persoalan mengenai pinjaman perkahwinan. Saranan ustaz adalah pinjaman untuk melangsungkan majlis perkahwinan hendaklah dibuat di bank yang berkonsepkan Islam dan bukanlah di bank yang mengamalkan konvensional. Ini adalah kerana bank konvensional menggunakan konsep riba dan semestinya perkahwinan tersebut akan menjadi tidak berkat.