Kerjaya – Syamsul Debat

Kerjaya – Syamsul Debat

Syamsul Debat episod satu memaparkan Ustaz Syamsul menyampai ceramah/tazkirahnya secara bersahaja dan santai tetapi penuh pengajaran berhubung ciri-ciri pekerja cemerlang. Sempena dengan Israk Mikraj, Tv AlHijrah telah menjemput Syamsul Debat untuk berkongsi ilmunya tentang israk mikraj dan kaitannya dengan kerjaya. Di hadapan kakitangan Tv AlHijrah yang menggerakkan operasi syarikat ini, curahan ilmu berjaya disampaikan.

Tidak dinafikan bahawa penceramah hebat ini berjaya mencuri hati penonton-penonton yang hadir. Dimulakan dengan topik Israk dan Mikraj, beliau menyentuh keunikan perjalanan Rasulullah SAW dan konsepnya. Kemudian, sentuhan ceramah beliau berkisar tentang kerjaya. Beliau mengatakan bahawa terdapat empat jenis pekerja dan pengupasannya yang berunsur jenaka amat mencuit hati.

Salah satu sentuhan ceramahnya yang menarik adalah mengenai ciri-ciri pekerja cemerlang.  Antara ciri-ciri yang telah dikupas ialah kehadiran mengikut masa, hadir, aplikasi (amalan), memantapkan keupayaan seperti komunikasi , iltizam ( melakukan dengan terbaik) dan terancang. budaya kerja yang baik juga ada diperkatakan seperti integriti. Seterusnya penerangan beliau yang sangat menarik menyentuh tentang empat jenis pekerja.  Komedi yang bersahaja mencuit penonton untuk terus memahami ceramah beliau.

Kesimpulannya, pekerja yang baik adalah pekerja yang berintegriti, mempunyai motivasi, mahu mengubah keupayaan diri sendiri, amanah, azam membuat yang terbaik, bertanya jika tidak tahu, rancang percutian dan juga menyiapkan kerja pada waktunya.