Kerana Seorang Ammar – Telemovie

Kerana Seorang Ammar – Telemovie

Cereka ini mengisahkan, Ammar (24 tahun) pemandu bot yang membawa kanak-kanak dan remaja menyeberangi sungai untuk ke sekolah. Dia mewarisi pekerjaan tersebut daripada arwah ayahnya. Sepanjang membawa penumpang berulang-alik dari jeti kampung ke jeti sekolah, Ammar menjadi rapat dengan tiga orang kanak-kanak sekolah rendah iaitu Hanafi, Asyraf dan Siti dan menganggap mereka seperti adik kandungnya sendiri. Dalam masa yang sama, dia berkenalan dengan seorang guru yang baharu bertukar ke situ, iaitu Cikgu Farhana.

Suatu hari, Haji Talib menawarkan Ammar bekerja dengannya di kedai runcit. Setelah beberapa kali dipujuk oleh Haji Talib serta tawaran gaji yang lebih tinggi berbanding pemandu bot, Ammar akhirnya mengalah. Dia menyerahkan tugasnya sebagai pemandu bot kepada rakan karibnya, Syafiq.

Namun, tidak lama selepas itu, tragedi yang menyayat hati telah berlaku di luar jangkaan Ammar dan Syafiq. Bot tersebut karam sewaktu dikemudi oleh Syafiq. Kanak-kanak sekolah termasuklah Hanafi, Siti dan Asyraf telah menjadi korban dalam insiden malang itu. Ammar menyalahkan dirinya menjadi penyebab kepada kejadian yang telah meragut nyawa kanak-kanak yang disayanginya itu. Sikapnya berubah menjadi murung serta hidupnya seperti kehilangan arah.

Tetapi dengan nasihat serta semangat yang diberikan Cikgu Farhana, Ammar akhirnya sedar bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah dan ada hikmah di sebaliknya. Tidak lama kemudian, Haji Talib mengajak Ammar menjadi rakan kongsinya
mengusahakan bot pelancongan.

Category: Telemovie