Kebersihan Diri – Klinik D’Hijrah

Kebersihan Diri – Klinik D’Hijrah

Klinik D’ Hijrah: Kebersihan Diri Ep 13 memaparkan Ustazah Isfadiah membincangkan mengenai kebersihan diri serta pakaian, Beliau membacakan surah ‘ Al Mudarsir ‘  (Orang yang berselimut) dan pengertian disebalik surah tersebut. Surah ini menyebut tentang penampilan dan kebersihan. Sesungguhnya di dalam Islam, kebersihan adalah sangat penting. Rasulullah SWT ada memberi peringatan tentang kebersihan pakaian untuk melakukan ibadat.

Imam Al Ghazali sememangnya banyak memfokuskan tentang kebersihan dan penampilan diri telah membantu kita tentang segi kebersihan. Beliau memberi panduan empat (4) tahap kebersihan yang perlu diberi perhatian. Empat tahap kebersihan ini adalah daripada ajaran Imam Ghazali dan antaranya anggota tubuh badan mesti dibersihkan dari najis dan kotoran, bersih dari dosa, bersih hati dari sifat mazmumah dan hati dari akidah syirik.

Selain daripada itu, Ustazah Isfadiah  membicarakan tentang bagaimana cara yang betul untuk kebersihan diri, meliputi perkara seperti memakai wangian, mandi wajib dan sebagainya berkaitan dengan kebersihan.Beliau juga menjawab beberapa soalan berkaitan dengan cara menjaga kebersihan diri, adab ketika mandi hadas besar termasuklah doa yang perlu dibaca dan niatnya. Kebersihan untuk  wiladah serta nifas juga diperbincangkan.

Persoalan kedua dari pemanggil kedua adalah tentang sunat-sunat yang perlu dilakukan pada hari Jumaat untuk lelaki. Kaum lelaki wajib menunaikan solat Jummat, iaitu perhimpunan agung besar-besaran diantara saudara seIslam.