Kaya Sebenar – Pentas Dakwah

Kaya Sebenar – Pentas Dakwah

Pentas Dakwah 2016 Episod 46 ini membawakan tajuk “Kaya Sebenar”. Dua ahli panel yang dijemput adalah Dr. Rubiah K. Hamzah (pakar motivasi) dan Dr. Lukman Ibrahim (pensyarah USIM) membincangkan konsep dan maksud kaya sebenar mengikut perspektif Islam.

Mengikut perspektif Islam hanyalah Allah sahaja yang maha kaya. Namun begitu, Islam tidak melarang umatnya mencari
kekayaan di dunia dengan syarat bertujuan kerana Allah dan bagi mendapatkan keredhaan dan rahmatNya.
Ahli panel juga membincangkan maksud dan konsep zuhud dan amalan berjiwa besar. Zuhud di dalam erti kata sebenar ialah individu yang memilih untuk tidak bermewah tetapi sebenarnya mewah.

Ahli panel menyarankan supaya kita sentiasa menunaikan solat sunat Dhuha dan membaca Surah Al-Waqiah walaupun hadis mengenai amalan membaca surah berkenaan itu dikatakan hadis dhaif.  Selain daripada itu, orang yang ingin menjadi kaya hendaklah kaya hubungannya dengan Allah, ehsan, iman dan Islam. Jika seseorang itu tidak takut kepada Allah, dia tidak akan mampu menjadi orang yang betul-betul kaya. Kalau kaya itu tidak membuatkan kita dekat kepada Allah, ia membawaq kepada bahaya.

Ahli panel juga menyarankan supaya melatih diri supaya senang atau suka memberi dan sedar bahawa diri kita ini adalah hamba Allah. Kekayaan di dunia bukanlah pasport kebahagiaan di akhirat.