Kalimah Allah Pasak Akidah Kita

 

Bicara adalah sebuah program bual bicara yang akan membincangkan dan menjawab persoalan serta kemuskilan agama. Tajuk perbincangan bagi episod kali ini adalah “Kalimah Allah Pasak Akidah Kita”.

Bicara musim ke-10 Episod 11 ini memaparkan dua ahli panel iaitu Prof. Madya Shamrahayu Abd Aziz(UIA) dan Dr Fadlan
Othman (Universiti Madinah) mengulas isu kalimah Allah dari dari aspek akademik dan perundangan Negara. Kedua-
kedua ahli panel pada dasarnya bersetuju bahawa sepatutnya tidak timbul lagi pertikaian tentang penggunaan kalimah
Allah di dalam The Herald, kerana mahkamah telahpun membuat keputusan pada 14 Oktober 2013 melarang penggunaan
kalimah Allah di dalam The Herald.

Kerajaan juga telah membuat keputusan menerima penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible yang digunakan di Sabah dan Sarawak. Kes yang diputuskan di mahkamah itu adalah kes semakan kehakiman, dan tidak wajar lagi dipertikaikan oleh masyarakat masyarakat bukan Islam di negara ini. Prinsip integral of the religion yang digunakan mahkamah itu bukanlah sebagai teras di dalam agama Kristian yang berpaksikan ketuhanan trinity.

Ahli panel juga menjelaskan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain khususnya di Negara ini boleh menimbulkan
kekeliruan dan dikhuwatiri sebagai usaha untuk menyebarkan agama lain di kalangan orang Islam. Tidak ada kekhilafan
penggunaan kalimah Alllah di kalangan orang Islam berbanding orang Kristian. Ahli penel menyarankan hormatilah
keputusan mahakmah, hormatilah orang Islam dan hormatilah perbezaan di kalangan penganut Kristian. Orang Islam
perlu kembali kepada ajaran Islam sebenar kerana kalimah Allah itu menyentuh isu akidah yang menjadi hak orang Islam.