Isu Akidah-Musim 17-Amaran Tuhan

Isu Akidah-Musim 17-Amaran Tuhan

Isu Akidah musim ke 17 dan episod 12 membawakan tajuk amaran tuhan. Paparan kali ini adalah  perbincangan mengenai ujian Allah dalam pelbagai bentuk seperti bencana banjir besar, jerebu dan sebagainya akibat dari ketamakan dan kederhakaan manusia kepada Allah.

Selain daripada itu, perintah Allah tidak dipatuhi dan laranganNya dilanggari. Bala dan bencana tersebut sebagai peringatan, iktibar dan diinsafi supaya kembali kepadaNya seperti mana surah Al Baqarah ayat 152, Al Ghasiah ayat17-21 dan Surah Rum ayat 21.

Puan Azrina( IKIM) berpendapat bencana semula jadi dan kesan dari aktiviti manusia tanpa kawalan akan memberi kesan buruk kepada diri sendiri juga.