Isu Akidah – Industri Filem

 

Isu Akidah – Industri Filem

Akidah musim ke 17, Episod 7 ini memaparkan perbincangan dan kupasan mengenai filem Islamik.  Ia juga memperjelaskan sejauh mana filem Islamik di dalam industri filem mampu membangunkan rohani Islamiah khususnya kepada golongan generasi Y sekarang ini.

Di dalam era globalisasi yang semakin bergerak laju sekarang ini, industri filem makin pesat membangun. Pelbagai filem telah menjadi hidangan hiburan kepada masyarat di panggung wayang, televisyen dan masakini, media baru. Filem-filem ini tidak pernah lari daripada unsur-unsur yang tidak sesuai ditonton oleh umat Islam. Natijahnya, generasi Y di zaman ini terdedah dengan budaya negatif yang dibawa oleh filem-filem ini.

Hakikatnya, filem juga mempunyai unsur -unsur positif . Anjakan paradigma kepada jalan kebaikan makin terserlah apabila diadaptasikan melalui filem-filem Islamik kini. Ia mungkin menjadi pemangkin kepada media dakwah. Filem Islamik tidak menyekat kreativiti tetapi menekankan kepada 3 asas utama, iaitu tidak merosakkan akidah, akhlak dan tidak lalai akan
tanggungjawab kepada Allah.

Selain daripada itu, batasan-batasan pergaulan di dalam Islam telah dipaparkan di dalm gilem-filem Islamik ini. Kesan daripada industri filem Islamik amatlah memberangsangkan kerana ia dapat mempengaruhi generasi Y yang suka menonton filem. Kemudian, pelakon-pelakon yang berlakon di dalm filem islamik akan dapat menarik minat generasi Y menonton filem Islamik.

Akhir sekali, episod ini turut memaparkan program anjuran Pusat Siswazah UKM.