#Islamisfirstclass (Special Guest – Dr Zakir Naik) – Persepsi

#Islamisfirstclass (Special Guest – Dr Zakir Naik) – Persepsi

Persepsi Special 2016 dengan membawakan kempen utama TV AlHijrah sekarang #islamisfirstclass memaparkan Dr Zakir Naik mengupas kelebihan dan keistimewaan agama Islam berbanding agama-agama lain di dunia sekarang dengan menekankan konsep atau prinsip persamaan (similarity) agama Islam dengan agama-agama lain.

Di dalam mengupas isu ini, beliau merujuk kepada kitab-kitab agama berkenaan iaitu Al Quran yang akhirnya membuktikan bahawa agama Islam adalah agama terbaik dan hanya diterima Allah. Pendekatan dan penjelasan berkenaan menyebabkan bukan Islam lebih memahami dan menerima Islam. Walaupun gerakan anti Islam masih berleluasa, hidayah tetap akan sampai kepada sesiapa yang dipilih Allah SWT.

Kemudian, Dr Zakir Naik menyatakan tentang pentingnya media di dalam menyebarkan agama Islam. Media juga berfungsi sebagai platform bergantung kepada cara penggunaan media tersebut. Media sekarang menyatakan bahawa Islam adalah agama keganasan adalah pernyataan yang tidak betul dan dianggap sebagai spekulasi kerana Islam sebenarnya agama yang mementingkan keamanan. Ini adalah kerana media Barat mempunyai persepsi yang negatif dan juga tidak betul terhadap Islam. Hanya kerana komuniti Islam kecil yang ekstrem melakukan keganasan dan menggunakan nama Islam diatas perbuatan keganasan mereka, tidak semestinya Islam agama keganasan. Malahan, media Barat menggunakan isu kecil ini untuk memburukkan Islam.

Dr. menyarankan supaya semua umat Islam bersatu. Islam tetap menghormati dan menghargai perbezaan pandangan.