Indahnya Sabar – Klinik d’Hijrah

Indahnya Sabar – Klinik d’Hijrah

Klinik D’Hijrah dengan episod 134 memaparkan tajuk indahnya sabar. Panel jemputan,  Ustaz Amirul Amin membicarakan konsep dan hikmah sabar.

Sabar adalah tuntutan agama yang mempunyai nilai tinggi kapada mereka yang beriman. Sabar itu separuh dari iman dan mereka yang bersabar akan dimasukkan ke dalam syurga. Kita perlu bersabar ketika melakukan perintah Allah SWT, meninggalkan larangan dan bersabar dengan takdirNya.

Ustaz telah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan yang diantaranya menyentuh perbezaan sabar dengan ikhlas dan reda, jenis-jenis sabar, had kesabaran dan cara mengatasi sifat marah dan tidak sabar. Selain daripada itu, Ustaz ada mengulas tentang permasalahan bagaimana jika kita tidak bersabar.