Ibu Bapa Durhaka – Klinik D’Hijrah

Ibu Bapa Durhaka – Klinik D’Hijrah

Klinik D’Hijrah: Ibu Bapa Derhaka Ep 10 memaparkan Ustaz Ashraf Suarin membicarakan mengenai ibu bapa durhaka.

Ibu bapa durhaka di dalam konteks ini ialah  lantaran mereka gagal mentarbiahkan anak dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa terhadap anak. Tanggungjawab ibu bapa juga adalah memberi pendidikan agama, kasih sayang dan seumpamanya. Ibu bapa itu dianggap durhaka kerana alpa terhadap agama dan memberikan didikan yang kurang keagamaan kepada anak-anak. Anak-anak adalah aset iaitu pahala bagi ibu bapa.

Selain daripada itu, beliau juga menjawab soalan dari penonton berkaitan tanggungjawab serta hak seorang anak ke atas ibu bapa dan sebaliknya. Soalan pertama ialah mengenai anak yang dibuang oleh ibu bapanya.Soalan ini diajukan oleh panggilan telefon.  Kemudian, soalan kedua adalah mengenai ibu bapa bekas penagih dan juga banduan. Walaupun ibu ayah pernah membuat kesilapan, mereka masih bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak ke arah kebaikan. Hubungan dengan Allah hendaklah dijaga iaitu solat wajib ditunaikan. Soalan seterusnya yang diambil daripada media sosial iaitu Facebook  adalah mengenai masa depan anak-anak iaitu kerana sikap ibu bapanya semasa remaja dahulu adakah memberi kesan kepada masa depan anak-anak.  Panggilan seterusnya adalah mengenai hak anak-anak yang perlu dipenuhi. Didikan yang sempurna adalah didikan melalui Al-Quran dan juga solat.