Ibnu Abbas Pelita Ummat – Pentas Dakwah

Ibnu Abbas Pelita Ummat – Pentas Dakwah

Pentas Dakwah Episod 45 membawakan  topik ” Ibnu Abbas Pelita Ummat” . Pengacara tetap program ini adalah Amin Idris dan di episod ini memaparkan dua ahli panel iaitu Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang (UKM) dan Ustaz Syaari Ab. Rahman(Pendakwah) membicarakan keistimewaan dan sumbangan Ibnu Abbas sebagai habrul ummah atau pelita ummat dan kebaikan akhlaknya.

Ibnu Abbas adalah seorang tokoh ilmuan yang juga sepupu Nabi SAW yang telah bersama dengan Nabi sejak kecil. Beliau juga dikenali dengan gelaran albahr dan universiti bergerak kerana kefasihan bertutur, ketinggian ilmu, periwayatan hadis-hadis Nabi dan tafsir Al-Quran. Didiplinnya di dalam kehidupan dan menuntu ilmu juga telah menjadi contoh yang amat terkenal.

Selain daripada itu, sepupu Nabi SAW ini adalah seorang yang sangat cekap di dalam mencari ilmu. Kecekapannya telah meletakkan beliau sebagai seorang tokoh ilmuan yang sangat hebat pada zamannya. Beliau juga adalah seorang penterjemah Al-Quran dan jasanya amat tinggi di dalam bidang penterjemahan Al-Quran. Daya ingatannya yang kuat adalah seperti bayang-bayang kepada Rasulullah SAW. Segala perbuatan Rasulullah SAW telah dicatat oleh Ibnu Abbas.

Kesimpulannya, di dalam menuntu ilmu, kesungguhan, kefahaman dan disiplin adalah kunci utama. Kita belajar adalah untuk memahami apa yang dipelajari dan mengajarkannya kembali kepada orang lain. Dengan cara ini, ilmu akan berkembang dan menjadi berkat.